Minggu, 14 April 2013

BELAJAR MEMBUAT BLOG


Cara Buat Blog
logo blogger dan wordpress
Anda tahu cara buat blog? Saya percaya ramai di antara kita yang berminat untuk mempunyai blog sendiri dan sedang mencari-cari cara buat blog yang paling mudah dan pantas. Oleh yang demikian saya di sini ingin membantu anda untuk menunjukkan cara buat blog yang senang dan percuma. Anda akan memiliki sebuah blog lebih kurang dalam masa 30 minit dari sekarang.
Blog berasal dari perkataan web log iaitu aplikasi yang membolehkan pengguna membuat catatan (diari) secara atas talian (saya lebih suka perkataan dalam talian) atau online. Pada mulanya blog hanyalah berbentuk peribadi dan tidak digunakan secara komersial namun pada hari ini blog telah menjadi medium yang sangat penting dalam perniagaan, sosial dan juga politik.
Terdapat pelbagai platform yang boleh digunakan untuk membuat blog sama ada jenis hosted (banyak yang percuma dan ada yang berbayar) atau self-hosted (skrip percuma tetapi perlu sewa web hosting dan ada nama domain sendiri). Platform buat blog jenis hosted yang popular ialah seperti Blogger.com (Blogspot), TypePad, WordPress.com, LiveJournal, Tumblr, Weebly dan Blog.com. Platform buat blog jenis self-hosted yang popular pula ialah seperti WordPress.org, Lifetype, b2evolution, Serendipity, PixelPost (untuk photoblog) dan  Movable Type.
Di antara yang disebutkan di atas, platform yang paling popular sekali digunakan untuk buat blog ialah Blogger.com yang dimiliki oleh Google dan juga blog WordPress.org. Walau bagaimanapun di dalam artikel ini saya hanya ingin menunjukkan cara buat blog dengan menggunakan platform Blogger.com (Blogspot) kerana ianya mudah untuk anda buat blog, mempunyai pelbagai template, ada pelbagai gadget dan siap disepadukan dengan program Google Adsense untuk anda menjana pendapatan dari blog anda.
Ok, untuk buat blog menggunakan Blogger.com, mula-mula anda perlu ke laman web mereka iaitu www.blogger.com. Sebaik sahaja masuk ke laman web tersebut anda akan bertemu paparan seperti di bawah.
Sekiranya anda mempunyai akaun dengan Google anda boleh terus sign in ke dalam akaun anda. Sekiranya anda belum mempunyai akaun Google, sila klik butang “Get Start” seperti paparan di atas. Setelah anda klik “Get Start” anda akan bertemu dengan paparan seperti di bawah. Sila isikan semua butiran yang diminta dan klik butang “Continue”
Selepas anda klik “Continue”, anda belum boleh buat blog anda. Anda perlu terlebih dahulu verify atau sahkan alamat email anda untuk tujuan pengesahan. Jadi sila semak inbox email yang anda masukkan sebentar tadi kerana Google akan menhantar email automatik kepada anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah klik pada link pengesahan yang ada di dalam email yang anda terima  dan anda akan dibawa ke halaman seperti di bawah.
Seterusnya klik pada link “Click here to continue” dan anda akan sampai kepada halaman seperti paparan di bawah ini.
Seterusnya klik pada butang “Create Your Blog Now” untuk mulakan tugas buat blog blogspot anda sendiri. Anda akan diminta memberikan nama untuk blog anda dan memasukkan alamat blog pilihan anda. Sekiranya alamat yang anda pilih telah digunakan, sila pilih alamat yang lain dan seterusnya apabila berjaya mendapat alamat yang diingini, masukkan kod verifikasi dan tekan “Continue”
Setelah itu anda kan sampai ke peringkat kedua untuk buat blog iaitu memilih template. Pilihlah template yang anda berkenan dan seterusnya “Continue”.
Selepas anda klik “Continue” seperti di atas, anda akan menemui paparan seperti di bawah. Jadi, klik pada butang “Start Blogging”.
Selepas anda berjaya klik pada butang “Start Blogging” maka selesailah tugas saya untuk menunjukkan kepada anda cara buat blog dengan Blogger.com. Selepas itu anda bolehlah mulakan tugas anda menulis catatan (post) pertama di blog anda. Mula-mula masukkan tajuk catatan anda dan kemudian isi kandungan blog. Apa yang anda ingin tulis terserahlah kepada anda. Selepas selesai menulis anda klik butang “Publish Post” di bahagian bawah untuk siarkan catatan ataupun post anda. Contohnya seperti di bawah.
Untuk menjadikan blog anda sebuah blog yang aktif buatlah catatan baru 2 atau 3 kali seminggu atau sekurang-kurangnya seminggu sekali. Di samping itu rajin-rajinlah berkunjung ke blog rakan lain (blog walking) dan memberikan komen di blog mereka. Dengan cara ini anda dapat meningkatkan trafik (pengunjung) ke blog anda. Anda bleh menggunakan blog anda untuk tujuan sosial ataupun untuk blog perniagaan. Terserah kepada anda.
Satu lagi platform blog yang popular ialah self-hosted WordPress blog seperti yang anda lihat di blog saya sekarang ini. Untuk buat blog seperti ini anda memerlukan akaun web hosting yang disewa untuk hoskan laman web anda dan juga nama domain anda sendiri. Ia adalah lebih teknikal kerana anda perlu mempunyai pengetahuan asas tentang web hosting, domain name, ftp dan cpanel. pengetahuan ini boleh anda pelajari secara berperingkat-peringkat dan saya yakin anda juga boleh mempunyai blog dot com anda sendiri suatu ketika nanti. Sekiranya anda berminat untuk mempelajari cara buat blog dengan WordPress (self-hosted) anda boleh dapatkan ebook di laman web saya.

1 komentar: